=)

=)

Saturday 8 February 2014

perkahwinan menurut Islam...


Rasulullah ﷺ bersabda:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء. (رواه البخارى و مسلم)

“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5 Jenis Hukum Nikah

1) Harus bagi orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

2) Wajib bagi orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan (perzinaan dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang berkemampuan untuk berkahwin.

3) Sunat bagi orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dari godaan.

4) Makruh bagi orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat atau orang yang mempunyai keinginan atau hasrat bernikah tetapi ia belum mempunyai bekalan untuk memberi nafkah dan menanggung isterinya.

5) Haram bagi orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah zahir dan batin serta ia sendiri tidak berkuasa (lemah) dan tiada keinginan berkahwin. Atau dia mempunyai niat yang buruk, seperti berniat menyakiti dan menganiaya perempuan yang bakaldikahwininya.

Tujuan Nikah

Melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعالى

Mengikuti sunah Rasulullah ﷺ 

Membina rasa cinta dan kasih sayang

Memperoleh keturunan yang sah

Memperolehi kebahagiaan dan ketenangan hidup yang sakinah

Memenuhi keperluan seksual yang sah dan diredhai Allah سبحانه وتعالى

Hikmah Pernikahan
Menjaga keturunan

Memelihara kesucian diri

Melaksanakan tuntutan syariat

Dapat mengeratkan silaturahim

Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

Suatu cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks

Perzinaan, pelacuran, liwat dan maksiat dapat dielakkan

Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman




No comments:

Post a Comment