=)

=)

Wednesday 14 May 2014

srikandi Islam : Nailah, isteri Uthman.

Nailah sebuah nama yang membawa erti suka memberi. Sepertimana indahnya nama ini, seperti itulah indahnya si pemilik. Beliau merupakan seorang srikandi Islam yang telah menjadi isteri kepada khalifah pada zaman Rasulullah yakni, Khalifah Uthman Bin Affan. Nailah telah menikah dengan Uthman ketika beliau berumur 18 tahun sedangkan Uthman sudah berusia sekitar 81 tahun. Sekalipun berlakunya perbezaan umur yang sangat ketara di antara Nailah dan Uthman, itu bukanlah alasan buat Nailah untuk tidak mencintai dan menjadi isteri Uthman. 

Uthman pernah bertanya kepada Nailah,"apakah engkau tidak keberatan menikah dengan seorang lelaki tua bangka?".
Nailah tertunduk malu lalu menjawab "aku termasok dalam golongan wanita yang suka memiliki suami yang lebih tua".
Lalu Uthman membalas, "aku sudah jauh melampaui ketuaanku".
Nailah tersenyum dan berkata, "tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah. Dan itu jauh aku lebih sukai dari segala-galanya".

Subhanallah... Jelas terbukti kecintaan Nailah terhadap Rasulullah di samping keredhaannye menjadi isteri Uthman. Nailah merupakan seorang wanita yang bijak dan cantik. Bijak bermadah, dan juga arif dalam menyusun kata2 indah. Sehinggakan Uthman pernah memujinya, "Saya tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya dari dirinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku.” Subhanallah!

Mereka menikah di Madinah al-Munawwarah dan sejak itu Uthman kagum pada tutur kata dan keahlian Nailah dalam bidang sastera. Kerana cintanya, Uthman sangat suka untuk memberikan hadiah kepada isterinya itu. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yg bernama Maryam binti Ustman.Dia seorang wanita yang cantik dan berakhlak mulia. Kembali kepada Nailah, seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.

Nailah tinggal bersama Uthman Uthman dengan penuh penghormatan. Di kala pengepungan selama 50 hari di rumah Uthman, Nailah adalah satu2nya insan yang tidak berenggang dengan suaminye. Sedangkan kaum pemberontak tidak henti henti membaling batu dan panah. Dalam kejadian itu, tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sedemikian terhadap Khalifah, namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu. Pembelotan itu diketuai pula oleh Muhammad bin Abu Bakar. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya
"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku". Nailah seakan tidak memperdulikan kata kata itu, pada ketika ini melindungi suaminya adalah yang utama. Allahu Akbar!

Pada ketika kedua dua lelaki tersebit berada di hadapannya, salah seorangnya telah menghayun pedang ke arah Khalifah namun segera ditahan oleh Nailah dengan jemarinya. Terputus jarinye! Suci sungguh hati si isteri. Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut. Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,lalu dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain. Muhammad dengan kejamnya telah mencabut janggut Khalifah seraya menyelar tubuh beliau ketika masih hidup. Na'uzubillah. Dan sekali lagi apabila Muhammad ingin memotong kepala Khalifah, Nailah dan anak perempuannya telah menahan dengan tubuh mereka sendiri. Apakan dayalah kudrat seorang wanita. Kedua dua beranak itu ditolak lau dihenyak henyak dengan kejam. Ketika Uthman dibunuh, Nailah telah berkata "Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan malam dengan Al Qur’an dalam rangkaian rakaat,".

Selepas pembunuhan itu, tidak ada seorang pun yang berani untuk mengebumikan jenazah Khalifah. Sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Namun mereka tidak berani untuk mengebukannya di waktu siang, lantas mereka melalsanakannya antara maghrib dan 'isyak. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam. Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.

Pada suatu ketika, Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Mu'awwiyah : "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah". Surat itu dihantar bersertakan pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jarinya yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Mu'awwiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya : 
"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?". Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Lantas, menjadikan dirinya sebagai seorang sasterawan dan penyair. Beliau banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Beliau turut menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Beliau tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Nailah membuktikan bahawa dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya..subhanAllah... :)