=)

=)

Friday 27 September 2013

continuation of the story about usrah...



assalammualaikum pembaca...
sye nk cerite sikit..
dlm dua hari yg lepas...sye diajukan soalan...
"kenapa awk masuk usrah?"
"best ke usrah?"
"ape tujuan awk join?"
"kenapa join usrah dikatakan hidup lebih tenang?"
rase seperti ditembak...
disebabkan soalan2 itulah, sye blank..
sbb amat susah nk susun ayat...nk memahamkan org yg belum diusrahkan...
kenapa kite perlukan usrah??
sbb usrah ni salah satu cara utk bg rohani kite terus bernyawa...
ada member ckp, usrah nie MAKANAN ROHANI...
bila sebut usrah, mestilah membawa maksud keluarga..

kalau tnye den, mmg den jwb gini jer, 
"usrah ni pendakwahan secara dekat..x sme dgn ceramah taw.kalau ade usrah dan ceramah dlm masa yg sme,pergilah usrah..sbb..kite akan lebih phm,bebas nk tnye yg tidak difahami...n kalau tersasar sikit,ade org akan tegur..mungkin abg/kakak yg mnyampaikan usrah ataupun adk-beradik usrah sndiri..usrah nie besar taw...melalui usrah juge kite dpt jumpe ramai lg kenalan...kenalan sesama usrah..bertukar2 pendapat,.."
dapat fhm ker kalau diexplain begini?huahaha..

okay lah...ni explaination yg lebih jelas... =')

Dari segi istilah, usrah bermaksud perkumpulan kecil (biasanya 5 hingga 8 orang) yang dibentuk atas dasar persaudaraan untuk mendalami ilmu agama dan saling tolong menolong dalam pelbagai aspek kehidupan

Usrah merupakan simbolik kepada institusi kekeluargaaan yang sebenar dimana interaksi di kalangan ahli kumpulan begitu akrab umpama adik-beradik kandung. Manakala fasilitator (digelar naqib bagi lelaki atau naqibah bagi perempuan) berperanan sebagai bapa atau ibu yang mengepalai keluarga bahagia tersebut.

ade 3 perkara penting (sesetengah mengatakan rukun) dlm usrah...
iaitu ta'aruf (berkenalan), tafahum (saling memahami), dan takaful (tolong-menolong)...


Usrah yang sebenarnya adalah berdasarkan konsep ukhuwwah yang menuju keredhaan-Nya. Usrah tidak berbentuk rigid dan skema, serta bukan berdasarkan konsep halaqah atau liqa’ semata-mata. Usrah perlu dibezakan dengan kuliah, perbincangan atau majlis-majlis ilmu yang lain. Majlis-majlis ilmu boleh didapati dalam usrah, tetapi majlis ilmu tidak semestinya usrah.

Jika hubungan sesama ahli keluarga adalah rapat dan saling mengasihi, maka itulah ciri-ciri usrah. Jika sesama ahli keluarga boleh berkongsi pendapat dan masalah, maka itulah pengisian usrah. Jika masa yang ada sering diluangkan bersama dalam keluarga seperti makan bersama bermain bersama, maka itulah amalan dalam usrah.
usrah bukan sahaja membincangkan tentang hal ehwal agama sahaja dan bukannya interaksi satu hala... =)
ukhuwwah amat penting...kalau kita bersendirian, kejahatan dtg dr pelbagai penjuru..senang nk attack kite...tp kalau kite beramai2, akan ade org yg mengingatkan kite...mnyedarkan kesilapan kite..insyaallah...kalau ade yg tergelincir dari landasan, di sini lah ade yg menyelamatkan.. =)


firman Allah swt...61:4.. sesungguhnya Allah swt mengasihi org2 yg berjuang pd jlnnya dlm satu barisan, seolah-olah bangunan yg sgt rapat...
51:55.. "dan tetaplah engkau memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org2 mukmin...

ini berdasarkan pengalaman dan rujukan...  http://shoutulbadar.blogspot.com/2010/11/apa-itu-usrah.html

No comments:

Post a Comment